VALUE CARD

TF VALUE-MART MEMBER CARDS APPLICATION

TERMS AND CONDITIONS

KEAHLIAN

1. Permohonan adalah dibuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 ke atas.
2. Kad keahlian ini bukan kad kredit atau kad caj.
3. Semua kakitangan TF Value-Mart Sdn Bhd adalah tidak layak untuk memohon atau/dan menggunakan kad ahli ini.
4. Jurujual adalah tidak dibenarkan menggunakan kad keahlian mereka pada waktu berkerja dan terutamanya tidak boleh digunakan untuk belian yang dibuat oleh pelanggan.
5. Sekiranya kad tersebut telah tamat tempoh atau dibatalkan (samada pembatalan tersebut dibuat oleh TF Value-Mart Sdn Bhd atau tidak) semua kutipan mata dan potongan adalah dianggap sebagai batal dan tidak sah.
6. Ahli mestilah menunjukkan kad keahlian mereka kepada juruwang sebelum setiap transaksi untuk menjamin supaya jumlah yang dibelanjakan adalah direkodkan dan dihitungkan. Kegagalan berbuat demikian bermakna jumlah yang telah dibelanjakan tidak akan diambil kira untuk rebat atau pengiraan mata.
7. Sekirnya kad TF Value itu telah dicuri, hilang atau rosak, bayaran RM5 akan dikenakan untuk pengantian kad tersebut.
8. Kad TF Value tidak boleh dipindah milik dan ianya adalah untuk kegunaan ekslusif pemegang kad sahaja.
9. TF Value-Mart Sdn Bhd berhak untuk membatalkan kad atau menaruk balik kad TF Value atau melupuskan keahlian ahli pada bila-bila masa, tanpa notis sekiranya perlu.
10. TF Value-Mart Sdn Bhd berhak menggantung atau melupuskan program ini pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. Dalam situasi demikian, TF Value-Mart Sdn Bhd akan memberikan notis awal kepada ahli-ahli melalui apa jua cara yang sesuai.
11. TF Value-Mart Sdn Bhd berhak mengurangkan, menambah atau meminda syarat kad TF Value tanpa apa-apa notis terdahulu. Apa-apa terma atau syarat-syarat baru atau terpinda akan berkuatkuasa segera mengantikan terma dan syarat kad TF Value yang lama.
12. TF Value-Mart Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan mata yang dikumpulkan atas apa jua sebab. Ahli-ahli kad adalah bertanggungjawab untuk memberitahu pijak pengurusan TF Value-Mart Sdn Bhd tentang kehilangan kad untuk mengelakkan daripada pemotongan mata atau penebusan mata yang tidak sah.

REBAT DAN PENEBUSAN MATA

1. Semua mata ganjaran yang dikumpulkan akan dilupuskan jika pemegang kad TF Value tidak menebus mata ganjaran tersebut dalam masa 2 tahun.
2. Jumlah rebat yang berhak dituntut dan tercatat di surat rebat adalah muktamad dan apa-apa surat menyurat berkenaannya tidak akan dilayan sama sekali.
3. RM 2.00 untuk 1 Poin mata ganjaran untuk setiap transaksi menggunakan kad TF Value.
4. Perkara-perkara yang tertera di bawah adalah tidak termasuk dalam pengiraan rebat.
Perkara-perkara yang tertera di bawah adalah tidak termasuk dalam pengiraan rebat.
Caj-caj penghantaran.
Caj-caj untuk baik pulih dan perkhidmatan.
Duti Setem dan faedah pembayaran mudah.
Belian daripada Bahagian Pasaraya.
Belian daripada Kedai Sewaan.
5. Ahli dikehendaki menunjukkan kad TF Value, kad pengenalan/passport atau surat rebat asal untuk membuat penebusan mata ganjaran/boucer potongan (jika ada).
6. TF Value-Mart Sdn Bhd berhak menolak baucer-baucer untuk penebusan atas sebab-sebab yang sah atau sekiranya syaki wujud apa-apa penipuan dalam pengumpulan mata atau salah rekod.